Ekonomi Kesan ekonomi pandemik COVID-19 di Malaysia

Pasaran saham di bursa saham Bursa Malaysia jatuh semasa pandemik tatkala para pelabur menjual sekuriti kerana jangkaan kesan ekonomi berikutan pandemik virus tersebut,[1] bersama dengan pasaran saham membangun dan dijangka kekal sebegitu sehingga Jun 2020. [2] Dengan China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia, ekonomi negara itu terjejas secara langsung dan pakar ekonomi telah memberi amaran bahawa pandemik virus yang berpanjangan dapat memberi kesan ketara terhadap KDNK negara.[3] Pada akhir Februari, Pelaburan Standard Aberdeen Malaysia juga meramalkan bahawa ringgit Malaysia (MYR) akan semakin lemah disebabkan oleh suasana pandemik beserta dengan krisis politik Malaysia 2020.[4]

Pada 11 Februari 2021, dilaporkan bahawa produk domestik kasar (KDNK) Malaysia telah menyusut 3.4% pada suku keempat tahun lalu. Di samping itu, ekonomi Malaysia menguncup menyusut 5.6% sepanjang tahun 2020 lalu mencatatkan prestasi terburuk sejak Krisis Kewangan Asia pada 1998.[5]

Rujukan

WikiPedia: Kesan ekonomi pandemik COVID-19 di Malaysia http://www.dailyexpress.com.my/news/147560/hotel-r... https://www.chinadaily.com.cn/a/201902/28/WS5c7755... https://www.aljazeera.com/news/2020/04/trump-resum... https://www.asiaone.com/malaysia/struggle-meet-dem... https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-04-08... https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-02-11... https://www.channelnewsasia.com/news/asia/coronavi... https://www.cnbc.com/2020/02/26/malaysia-ringgit-m... https://elevenmyanmar.com/news/sabah-tourism-playe... https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure...